ARTIKEL SEBELUM

28/01/14

Jika Anwar Ibrahim jadi calon DUN Kajang memang pundekkk la .....

Anwar Ibrahim   



Hari ini Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman penting berhubung isu yang berlaku di Selangor khasnya PKR.

Beliau akan menjelaskan kenapa dan apa tujuan Adun Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu semalam.

Kita tunggu pengumumam ini dengan penuh debaran.

Aku tak nak dengar berita politik stunt seperti mana Wan Azizah berkorban untuk memberi laluan pada DSAI di Perrmatang Pauh dulu berlaku di dun Kajang...


Aku anggap ini semua spekulasi dan mainan media sahaja.Tetapi jika andain atau spekulasi ini benar berlaku maka memang celake politik PKR, haprak dan lebih teruk dari politik kangkung...

Aku cemuih dah dengan politik giler kuasa...


Dalam sebuk rakyat dicengkam kos sara hidup yang menyeksakan , hangpa semua duk bising rebut jawatan sana sini puii.

Cuma melegakan aku tak mungkin DSAI menjadi calun di DUN Kajang, pasai dia bukan anak negeri Selangor maka pra syarat untuk dia menjadi calon dah terbatal ,Kemudian Dato Sri Anwar pula menafikan isu ini, jadi sah dia tak bertanding di situ.


Tetapi minggu ini politik ceramuk untuk PKR bagi aku....


Isu utama ialah pebalahan Azmin dan Khalid kemudian isu pemecatan Azmin didalam PKNS, tak lama selepas itu timbul isu pasakh Nurul Ezah terhadap suami walau diluar lingkaran parti tetapi dia tetap memberi sedikit tempias .

Dan semalam satu lagi berita terkejut dari PKR selangor bila tiba tiba ajer adun nya letak jawatan tanpa sebab sebab yang munasabah.


Sakit pun idak, lumpuh pun idak, hilang akai pun idak tiba tiba jer umum letak jawatan ini yang menjadi tanda tanya orang ramai sehingga bermacam macam rumour dan spekulasi timbul.

Aku harap isu ini jagan jadi senjata makan tuan kepada PKR dan pakatan rakyat amnya.

Tak sabar nak tunggu penjelasan dari DSAI apakah kesah sebenarnya yang berlaku di DUN Kajang .

Rakyat dan pengundi memerhati tingkah laku anda. silap langkah buruk padahnya kerana Umno/Bn sentiasa mencari peluang dan helah untuk merampas kedudukan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud