ARTIKEL SEBELUM

12/01/14

Husam: Saya bangga orang lain guna nama Tuhan saya

Kemelut berhubung penggunaan kalimah Allah di negara ini bukan isu agama sebaliknya lebih kepada masalah politik, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Katanya, walaupun ada kebimbangan berhubung persoalan akidah, kerajaan sebenarnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.

“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama mereka kepada orang Islam.

“Habis cerita. Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di Putrajaya hari ini.

Sudah lupa royalti Kelantan, PM?

Sementara itu, menyentuh isu tuntutan royalti minyak Kelantan, bekas exco Kelantan itu mempersoalkan kenapa pembayaran pusat kepada negeri itu masih belum dapat dimuktamadkan.

Beliau merujuk kepada jawatankuasa khas yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 yang mana perdana menteri berjanji memuktamadkan royalti minyak yang terhutang kepada Kelantan.

“Dia (Najib) janji 6 bulan bayar... Sudah lupa. Jadi pihak akhbar boleh tanya dia,” katanya.

“Takkan kerajaan Najib naik harga (barang dalam tempoh) setengah jam, tapi royalti tak boleh.”. 

MK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud