Hampir 10,000 peserta himpunan membantah kenaikan harga barangan sempena tahun baru 2014 berada di Dataran Merdeka semalam.
Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bermula jam 9 malam datang dari tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.
Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang pada awalnya membina halangan dan menempatkan pegawai, akhirnya membenarkan orang ramai memasuki Dataran Merdeka kira-kira jam 10.45 malam.
Orang ramai berpakaian serba hitam, membawa plakad dan kain rentang selain melaungkan pelbagai slogan membantah kenaikan harga barang.Pemandu kereta, bas dan penunggang motosikal turut membunyikan hon tanda sokongan.
Suasana himpunan seperti karnival apabila ada dikalangan peserta yang turut membawa keluarga.Difahamkan kini peserta himpunan sedang melakukan ‘duduk – bantah’ (sit-in) di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.
Kesimpulan akhirnya perhimpunan ini telah dilihat berjalan dengan aman ,tiada kejadian yang tak diingini berlaku, yang penting mesej sampai dan kerajaan patut mendengar suara rintihan rakyat mengenai masalah kos hidup yang semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
Tetapi yang paling paling penting kerajaan NAJIB tak terguling pun seperti apa yang dimomok momokan sebelum itu kah kah kah...~~

lagi gambar-gambar himpunan