ARTIKEL SEBELUM

8/01/14

Bicara petisyen Dun Lubuk Merbau , satu laporan polis dibuat...

Perbicaraan  petisyen  (DUN) N20 Lubuk Merbau akan bermula pada hari ini dan akan belangsung  selama tiga (3) hari.

Ini susulan Mahkamah Rayuan telah mengarahkan petisyen ini didengar dan dibicarakan setelah kes ini di tolak oleh Mahkamah pilihanraya sebelum ini.

Kes ini amat menarik kerana kedudukan kerusi DUN di negeri Perak diantara Barisan  Nasional dan Pakatan Rakyat hanya dibezakan dengan dua kerusi.

Semalam satu sapina dari Mahkamah telah diterima oleh pihak pemetisyen untuk dihantar kepada indidividu individu  [ wakil BN ] untuk ditanda tangani oleh  individu terbabit , malang dua dari lima sapina itu gagal di serahkan dan di tandatagani oleh mereka.

Satu laporan polis dibuat di Balai polis Kuala Kangsar pada pukul 10 malam semalam sebagai bukti bahawa sapina itu  telah dihantar kepada individu terbabit, Mereka adalah saksi saksi kes dalam perbicaraan itu nanti.

Semasa PRU yang lalu calon Pas hanya tewas 53 undi ditangan calon BN iaitu Dato Siti  Salamah Jushak.

Petisyen ini dibuat kerana  banyak keraguan serta kepincangan berlaku, diharap petisyen ini berjaya semasa perbicaraan nanti.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud