ARTIKEL SEBELUM

30/12/13

Wanita Umno buta masalah rakyat – Zuraida

Zuraida
KUALA LUMPUR 30 DIS: Kenyataan Ketua Wanita Umno Kuantan, Datuk Zaiton Mat bermati-matian mempertahankan kerajaan minoriti BN dan tergamak mengusir rakyat yang tidak sehaluan menunjukkannya buta terhadap masalah rakyat.

“Ketua Wanita Umno itu membutakan mata terhadap masalah rakyat,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan.
Katanya berbeza dengan Pakatan rakyat yang lebih inklusif memenangi hati rakyat dengan cuba memberi khidmat secara ikhlas, pemimpin Umno gagal memahami apa yang baik dan betul untuk rakyat.
Zuraida turut mempersoalkan kewajaran cabaran Zaiton memandangkan keputusan pilihan raya lalu memperlihatkan hanya 47 peratus rakyat Malaysia menyokong BN
“Tiada seorang pun ahli Umno diminta supaya meninggalkan negara ini walaupun mereka sudah menjadi golongan minoriti di negara ini,” kata Zuraida.
28 Disember lalu, Zaiton dilaporkan meminta rakyat Malaysia meninggalkan negara ini jika tidak suka kerajaan BN.
Justeru kata Zuraida, kenyataan Zaiton menunjukkan sikapnya yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.
TURUN
“Punca kemerosotan teruk sokongan rakyat kepada Umno-BN kerana orang Melayu mula sedar bahawa selama ini mereka tertipu.

“Dasar Ekonomi Baru yang kononnya diwujudkan kononnya bagi meningkatkan ekonomi Bumiputra hanya mengayakan segelintir kroni.
“Kegagalan tersebut membuktikan Umno bukanlah juara orang Melayu. Pemimpin mereka sibuk memperjuangkan poket sendiri, sedangkan majoriti rakyat terbeban dengan cukai dan kenaikan harga barang,” kata Zuraida.
“Zaiton dituntut meminta maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia,” tegas Zuraida.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud