ARTIKEL SEBELUM

25/12/13

Putrajaya nafi dakwaan Rafizi mereka jual aset kerajaan

Putrajaya hari ini menafikan dakwaan pembangkang mereka menjual aset kerajaan untuk mengurangkan defisit dengan mengatakan ianya dilakukan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets) bagi memajukan tanah.

Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu minggu lalu mendedahkan laporan Bank Dunia yang mengatakan Putrajaya menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripa"Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik," kata Kementerian Kewangan hari ini.

"Semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama," katanya lagi.

Kementerian Kewangan juga menegaskan tiada keperluan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen kerana laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) tersebut telah pun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan media itu lagi.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata kenyataan itu lagi.

Aset tersebut yang dipindah milik juga dilakukan mengikut harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Rafizi juga berkata laporan tersebut mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).

"Pensekuritian hutang kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil kerajaan persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil kerajaan persekutuan," kata Kementerian Kewangan, sambil menegaskan pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga menegaskan komitmen kerajaan untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015.

"Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal kerajaan," katanya lagi.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, hutang negara meningkat kepada 53.3% dalam KDNK pada penghujung 2012 daripada 51.6% pada hujung 2011 dan 39.8% pada hujung 2008. da Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.\ TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud