ARTIKEL SEBELUM

16/12/13

Kenapa tak dakwa saya Syiah - Anwar

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak lebih sebagai agenda Umno BN untuk menjatuhkan musuh politik mereka.

Lebih malang katanya, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) juga dilihat cuba dijadikan boneka oleh pemimpin politik BN bagi mencapai matlamat itu.

Menurut Anwar, sekiranya kerajaan sudah cukup bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.

"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar.

"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya semalam.

KDN sebelum ini mendedahkan '10 bukti' yang mengaitkan Mohamad terlibat ajaran Syiah yang salh satunya mendakwa kerana Mohamad mengagumi Khomeini.

Bagaimanapun bukti itu dilihat banyak pihak sebagai dangkal dan ramai dikalangan pemimpin politik termasuk dari Umno sendiri memperlekeh pendedahan itu.

Mengulas bukti itu Anwar berkata, semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah melawat Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.

"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.

"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Khomeini.

Kelmarin KDN tampil dengan kenyataan terbaru menggesa Mohamad sebagai individu yang dituduh, untuk mengemukakan bukti menafikan tuduhan yang dibuat mereka.

Mereka juga mendakwa akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah kepada Jakim untuk tindakan lanjut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud