ARTIKEL SEBELUM

29/12/13

Harga ais pula naik mulai Januari ini

 Rakyat akan semakin 'panas' dengan kenaikan harga ais 1 Januari ini.


Rakyat yang sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta pemotongan subsidi kerajaan akan semakin panas apabila harga minuman dan makanan sejuk akan dinaikkan ekoran kenaikan harga air batu atau ais.

Persatuan Pembuat Tube Ice Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.

Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata, kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran."Kadar tarif elektrik yang terkini (kira-kira 17%) bermula 1 Januari 2014 dan kenaikan diesel (naik 11.1%) sejak 2 September tahun ini telah menyebabkan perkara ini," kata mereka.

Kenaikan harga ais juga disebabkan pelaksanaan dasar gaji minima mulai Januari tahun ini, kenaikan gaji 18% serta kenaikan harga beg plastik, tayar dan alat ganti.

Mereka juga menyalahkan kenaikan ini kepada pihak penguatkuasaan yang selalu dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan dalam masa yang sama di bawah Akta Makanan, semua pengeluar ais dan pengendalinya dikehendaki mematuhi prosedur keselamatan.

"Oleh itu, kami tidak ada pilihan tetapi menyesuaikan harga demi mempastikan perkhidmatan kami untuk mengeluarkan ais tidak tercemar dan kebersihannya tidak terganggu," tambahnya.

Kerajaan telah bersetuju untuk mengawal kenaikan harga sejak September apabila subsidi gula dan minyak dipotong, kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan dan kemungkinan kadar tol dan cukai taksiran mulai tahun depan.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang bakal bermula April 2015. read more


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud