ARTIKEL SEBELUM

7/12/13

Guna akuan bersumpah Mat Zain, Anwar cuba lagi singkir Shafee

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mencuba sekali lagi menyingkirkan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan Putrajaya untuk membuat rayuan terhadap pembebasan kes liwatnya untuk kali kedua.

Anwar kali ini menggunakan akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai asas untuk mengenepikan Shafee.

Mat Zain pada Isnin lalu mengedarkan salinan SD itu kepada portal berita dan beberapa ahli Parlimen yang memperakui salah laku jenayah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan tudAnwar mendedahkan Shafee tahu tindakan Abdul Gani namun peguam itu sengaja menyembunyikan bukti penting terutamanya dalam kes perebutan hak milik Pulau Batu Puteh yang menjadi rebutan Malaysia dan Singapura.

Selain itu, SD berkenaan juga membabitkan Abdul Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam mengadakan bukti kes “mata lebam” 1998.

(Gani merupakan timbalan pendakwa raya kanan sementara Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat pertama Anwar, yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan ditahan pada 20 September 1998 sewaktu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor menyakitinya).

Anwar dalam satu notis yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam berkata Shafee tidak layak dilantik sebagai timbalan pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan.

"Ia jelas profesionalisme Shafee akan tercabar dan proses mahkamah akan disalah guna selain berlaku penindasan,” katanya.

Beliau berkata, Shafee tidak akan dapat mematuhi kelayakan Bidang Guaman (Tatacara dan Etika) 1978 bagi menjalankan rayuan.

Katanya, keadilan dalam perbicaraan tidak akan dicapai sekiranya Shafee mengetuai pasukan pendakwaan.

Anwar berkata sesiapa yang dituduh liwat sebelum ini mendapat keadilan undang-undang tetapi kesnya pertama di Malaysia tidak dituduh oleh Peguam Negara.

Katanya, kes itu telah diserahkan kepada peguam bermakna dirinya tidak mendapat layanan saksama.

Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuan Putrajaya bagi mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada minggu hadapan.

Pada 9 Januari tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar, 66, daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 2008.

Peguam Karpal Singh memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonan mengenepikan Shafee terlebih dahulu sebelum kes liwatnya dibicarakan.

Pada 21 November, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar kerana Abdul Gani boleh memberikan kebenaran sementara kepada Shafee untuk mendakwa Anwar.

Permohonan pertama pada 28 Ogos berdasarkan pelantikan Shafee di bawah Kanun Acara Jenayah Seksyen 376(3) dan 379 kerana ia tidak sah.

Dalam SD Mat Zain mendakwa Shafee menjemputnya melalui ketua Cawangan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff untuk berjumpa Shafee di di Bukit Tunku pada 8 Ogos tahun ini.

Anwar dalam afidavitnya berkata Shafee sengaja menyembunyikan bukti kes Pulau Batu Puteh semasa dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2007.

Katanya, Shafee telah memberitahu Mat Zain bahawa, “Kamu tidak akan percaya melihat jumlah wang yang dipindahkan ke dalam akaun Abdul Gani di Hong Kong”.

Beliau berkata, SD turut mendedahkan Shafee dan Mat Zain bersetuju bahawa Abdul Gani menyembunyikan bukti kes mata lebam Anwar.

Shafee bersetuju perunding forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Abdul Rahman Yusof bersubahat menyediakan laporan perubatan palsu.

Anwar berkata, Shafee turut berpandangan panel yang terdiri daripada tiga hakim pencen membebaskan Abdul Gani dan Musa pada 2009 kerana mengganggu sampel darahnya tidak berdasarkan Perlembagaan.

“Pendedahan mengejutkan Shafee ini berhubung penglibatan Abdul Gani dalam menyembunyikan bukti dan jenayah lain telah menunjukkan bukti baru peranan dan penglibatannya dalam kes lain membabitkan saya.

“Setelah mendapat nasihat perundangan, saya memfailkan permohonan ini,” katanya.

Anwar berkata Shafee menawarkan dirinya untuk dilantik oleh Abdul Gani secara terus, individu yang dikenali terlibat dalam konspirasi terhadap dirinya.

“Pelantikan itu tidak sah kerana penipuan Abdul Gani,” katanya.

Anwar berkata Shafee telah diarahkan bagi memastikan penangkapannya dalam kes liwat kerana mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno seperti mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pelbagai isu termasuk pelantikan hakim. uhan rasuah.

TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud