ARTIKEL SEBELUM

13/12/13

Dua pemimpin AMK didenda

KUALA LUMPUR - Naib Ketua dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat masing-masing didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyertai satu perhimpunan Blackout 505 di tempat larangan, enam bulan lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas Mohd Nazree Mohd Yunus, 29 dan Al Faizal Amjed, menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes mereka dibicarakan, Rabu lalu.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Pada Ogos lalu, Mohd Nazree dan Al Faizal didakwa menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu rumah ibadat seperti dalam Jadual Pertama Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kesalahan didakwa berlaku di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya, antara jam 12 tengah hari hingga jam 1.15 petang, 22 Jun 2013.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud