ARTIKEL SEBELUM

5/12/13

AES: Ahmad Maslan gagal jawab kenapa letak bawah OSA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini berakhir dengan suasana riuh apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengelak untuk menjawab asakan Ahli Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika membahaskan Akta Tatacara Kewangan 1957 meminta menteri terbabit menjelaskan mengapa perjanjian AES dengan dua syarikat Beta Tegap dan AES Solution diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bagi Mahfuz, perjanjian itu tidak sepatutnya dirahsia kerana ia tidak melibatkan keselamatan negara sebaliknya ia melibatkan hak rakyat.

Mahfuz yang bangkit beberapa kali ketika Ahmad Maslan menjawab turut menyelar kerajaan yang tidak ada kuasa untuk dedahkan perjanjian itu menjadi perkara umum.

"Sebenarnya, kerajaan ada kuasa untuk keluarkan perjanjian itu kerana Peguam Negara sendiri mengakui ada kesilapan dalan pelaksanaan AES.

"PM dan kabinet ada kuasa. Isu perjanjian mengapa tak boleh jawab? Kalau kabinet tidak ada kuasa semua menteri letak jawatan!"bidas Mahfuz yang diikuti dengan suara riuh dari kedua-dua belah pihak Pakatan Rakyat dan BN.

Bagaimanapun Ahmad Maslan pula masih gelak-gelak dengan asakan Mahfuz itu dan cuba mengalihkan isu dengan membangkitkan persoaan lain termasuk menyatakan soal jumlah kemalangan.

"Terpulang kepada saya untuk menjelaskan atau tidak,"kata Ahmad Maslan selepas menerima asakan demi asakan daripada Mahfuz berhubung perjanjian AES itu.

Bagaimanapun Akta ini diluluskan dengan suara tidak berpuas hati di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menjerit "tidak bersetuju"apabila Yang DiPertua meminta akta itu dipersetujui.

Usul ini dikemukakan untuk mengambil ketetapan bersetuju supaya kerajaan melalui Kementerian Kewangan membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa AES Solution Sdn Bhd sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.

Semalam Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli turut terkilan dengan Ahmad Maslan yang juga mengelak dari menjawab soalannya berhubung pindaan Akta Cukai 1967 yang diluluskan semalam. - hd

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud