ARTIKEL SEBELUM

29/11/13

Tiada mesyuarat tergempar PR Selangor isu naik gaji

SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu kenaikan gaji Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor pada 4 Disember ini.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat Selangor akan diadakan pada 3 Disember iaitu mesyuarat biasa yang diadakan setiap dua minggu sekali.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut bukan mesyuarat tergempar untuk menyelesaikan masalah kenaikan gaji.

"Dalam mesyuarat itu, kita akan minta penjelasan daripada Menteri Besar apa kewajaran kenaikan gaji dengan jumlah yang tinggi. Ini kerana kita tidak dimaklumkan secara detail tentang kenaikan gaji," katanya.

Tambah beliau, sepatutnya Menteri Besar bincang terlebih dahulu tentang kenaikan gaji sebelum diumumkan di sidang Dun.

"Kita setuju dengan kenaikan gaji tetapi kita hendak dengar apa hujah MB dengan kajian yang munasabah," tegasnya.

Gaji menteri besar akan meningkat dari RM14,175.15 kepada RM29,250, bagi Exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker, dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker, dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Ia dibentangkan pada persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini dan diluluskan. HD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud