ARTIKEL SEBELUM

6/11/13

PM cepat sangat buat analisis, kata PKR

KUALA LUMPUR - PKR sama sekali tidak mengambil serius kenyataan perdana menteri yang mengatakan sokongan pengundi Cina kepada BN meningkat.

Menurut naib presidennya, Nurul Izzah Anwar, perdana menteri memang suka membuat kenyataan sebelum analisis terperinci dibuat.

"Trend perdana menteri, beliau suka membuat kenyataan sebelum analisis yang serius dibuat.

"Justeru selepas PRU13 beliau sebut bahawa 'tsunami Cina' telah memenangkan PR.

"Begini pada saya, kita lihat kemenangan pada PRK Sungai Limau amat penting pada Pas dan PR kerana lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak pegang dan memang kita mahukan kerusi tersebut, Alhamdulilah," .

Semalam dalam satu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keputusan PRK Dun Sungai Limau, Kedah secara sepintas lalu menunjukkan terdapat peningkatan sokongan kaum Cina terhadap BN.

Najib berkata, keputusan dua peti undi yang sebilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN.

Menyentuh hal yang sama, Nurul Izzah menegaskan baginya keputusan secara keseluruhan adalah lebih penting daripada hanya fokus kepada satu-satu kaum.

"Saya tidak suka untuk menarik satu kaum daripada kaum yang lain, pada saya yang penting adalah secara kesuluruhan.

" Alhamdulillah masyarakat Melayu juga menunjukkan kemahuan untuk bersama PR.

"Dan kita seperti yang saya sebut tidak akan mengambil serius kenyataan tersebut, beliau boleh andaikan apa sahaja yang beliau mahu," tegasnya.

Keputusan PRK Dun Sungai Limau menyaksikan Pas mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya Mohd Azam Abd Samat, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yang mendapat 10,985 undi.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud