ARTIKEL SEBELUM

1/11/13

Kenyataan saya diputar belit, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menafikan laporan bahawa kenyataan beliau berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak konsisten.

Menurut Anwar, isu ini timbul berikutan kenyataan beliau cuba diputarbelitkan oleh sebuah agensi berita.

"Kenyataan saya cuba dipusingkan seolah-olah pertama kali saya sokong GST.

"Pada prinsip, saya tidak mengatakan saya bantah GST, yang saya tegaskan ialah dari sudut sistem perlaksaannya iaitu, GST itu lebih telus dan efisien," katanya di bangunan Parlimen hari ini.

Jelas Anwar lagi, ketika beliau mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Daim Zainudin, GST tetap tidak dilaksanakan.

"Kenapa saya sebut tahun1993 kerana Tun Daim dia dah kata GST akan dilaksanakan.

"... bila saya ambil alih saya jawab ia ini sistem yang efisien tapi dalam keadaan negara catat lebihan surplus tetapi sekarang defisit parah saya tidak akan laksanakan sampai akhir kerana walaupun kajian sistem itu baik tetapi perlaksanaanya tidak wajar, jadi saya ingat biar jelas perkara ini.

"Jadi Anwar berbeza pendapat tidak wujud kerana saya tidak pernah kata saya tidak pernah menyokong dasar prinsipnya," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau bersama sayap pemuda PR akan meningkatkan kempen bagi menjelaskan isu GST kepada rakyat.

"Kita tingkatkan kempen saya percaya ia boleh dijelaskan," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud