ARTIKEL SEBELUM

3/11/13

Ahli Pas di Dun Sungai Limau telah diperalatkan hanya kerana $ 100



Hanya kerana wang RM100, seorang ahli Pas di Dun Sungai Limau telah diperalatkan oleh ahli Umno apabila diminta menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dalam satu majlis, dekat sini, malam tadi.

Pesuruhjaya Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menerima aduan tersebut menyifatkan, taktik kotor yang diguna pakai Umno sebelum hari pengundian esok membuktikan parti itu mempunyai moral pekerti yang rendah, semata-mata untuk meraih simpati pengundi di kawasan tersebut.

"Baru sekarang Umno teringat 'skrip' lama itu dan mereka gunakan pelbagai taktik termasuk umumkan ahli Pas masuk Umno pada hari terakhir berkempen, malam tadi.

"Sungguh murah (nilainya) kalau hendak jadi ahli Umno dengan menawarkan wang RM100.

"Kita beritahu ahli Pas supaya jangan menolak pemberian itu, boleh ambil (imbuhan) tetapi kena kekalkan undi dan sokongan kepada Pas esok hari," katanya kepada pemberita di Markas Induk Pas Parlimen Jerai, di sini, hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud