ARTIKEL SEBELUM

18/10/13

Teguran Anwar terhadap Khalid serius - Azmin

 Azmin Ali


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan teguran yang diberikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pentadbiran negeri Selangor adalah serius.

Menurutnya, pentadbiran negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu berlapang dada menerima teguran tersebut untuk membangunkan rakyat negeri itu.

Tambahnya, rakyat telah memberi harapan kepada pemimpin yang dipilih supaya hak mereka dibela.

"Itu sebenarnya teguran serius.

"Teguran ini harus diterima, ia bukan untuk meruntuhkan tetapi membangunan kerajaan Selangor.

"Harapan rakyat tinggi, dengan harapan terhadap kerajaan yang diangkat mereka pada PRU13," katanya pada Sinar Harian Online, di Rumah Terbuka Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya baru-baru ini, telah menyatakan perbandingan dua pemimpin utama negeri di bawah pentadbiran kerajaan PR.

Menurutnya, negeri Selangor yang diperintah Abdul Khalid tidak perlu berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal untuk membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkan berjaya membawa negeri itu mencapai tahap prestasi terbaik.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, perolehan negeri yang berjumlah berbilion ringgit perlu dibelanjakan melalui program peduli rakyat.

Katanya, tidak bermakna sekiranya jumlah perolehan itu hanya dicatatkan di dalam kertas tetapi tidak pandai dibelanjakan bagi membantu rakyat.

"Tetapi prisip pembangunan dalam Islam itu juga jelas pembangunan tak ada maknanya jika ia sekadar mencatatkan pertumbuhan yang tinggi di atas kertas.

"Tetapi pertumbuhan itu bermakna sekiranya ianya dapat diterjemahkan dalam bentuk program-program peduli rakyat yang menjaga kepentingan rakyat soal pendidikan, soal pembangunan jalan raya, kebersihan, dan keselamatan.

"Ia tak memberi makna kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada PR, jadi teguran ini sebenarnya bertujuan pentadbiran," jelasnya.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud