ARTIKEL SEBELUM

17/10/13

"Surendran akan sertai operasi polis”

 buletproof_suren



KUALA LUMPUR 16 OKT: Naib Presiden KEDILAN Surendran bertegas menyertai operasi pencegahan jenayah bersama dengan alat perlindungan yang disediakan polis.

Surendran ditemubual pemberita di hadapan Bukit Aman
“Saya tidak akan berganjak daripada operasi yang akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas mengambil ukuran pelindung tubuh di Bukt Aman, petang ini.

Namun, beliau menempelak kenyataan polis untuk tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecelakaan terhadapnya ketika menyertai operasi bersenjata polis.
“Kenyataan polis supaya saya dikecualikan daripada menuntut sebarang tanggungjawab daripada pihak berkuasa, itu satu perkara berbeza,” ujarnya.

Peguam Sivarasa Rasiah dimaklumkan, Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan seperti yang terdapat dalam borang perlindungan.

Surendran dengan jaket kalis peluru“Surendran juga tidak dibenarkan membawa sebarang alat perlindungan tambahan selain daripada apa yang disediakan oleh polis.

“Malah perlu bergerak bersama polis ke tempat operasi dengan logistik yang disediakan,” katanya.Borang perlindungan yang diberikan kepada Surendran akan dibawa ke pimpinan tertinggi KEADILAN untuk penelitian.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud