ARTIKEL SEBELUM

10/10/13

Makan Ayam punya pasai Adun keracunan makanan

 Adun keracunan makanan kerana ayam

BALIK PULAU - Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dimasukkan ke Hospital Balik Pulau kelmarin kerana disyaki makan ayam tercemar.beliau sekeluarga ke Shah Alam dan menikmati hidangan di salah sebuah restoran di sana.

Menurutnya, hanya beliau sahaja yang memilih menu ayam sementara anak-anak memilih untuk makan daging.

“Setelah beberapa jam selepas menikmati makanan berkenaan, saya mula tidak sedap perut.

“Pada mulanya saya hanya menjangka ia perkara biasa dan sakit perut yang normal, namun saya sempat balik ke Pulau Pinang sebelum ia semakin melarat,” katanya.

Kemudian setibanya di Balik Pulau, Muhamad Farid mengakui dia tidak boleh tidur dan mengalami sakit kepala.

Akibat kondisi badan yang semakin lemah, pada jam 5 petang kelmarin dia segera ke Hospital Balik Pulau dan ditahan kira-kira dua jam di wad kecemasan.

“Jururawat memasukkan dua botol air ke dalam badan, alhamdulillah saya tidak ditahan untuk bermalam di hospital dan jam 7 petang pada hari yang sama saya sudah keluar.

“Sakit perut berkenaan sudah beransur pulih dan kini melakukan tugas seperti biasa, namun saya dapat pengajaran supaya memilih makanan dengan lebih berhati-hati,” katanya.

Dia yang sempat berkongsi kisahnya dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di laman Facebook peribadinya itu turut menasihatkan orang ramai berhati-hati memilih hidangan ayam.

“Bukan tidak boleh makan namun kita perlu tahu sumbernya dari mana dan tambahan lagi sekarang sudah kecoh ada saja yang keracunan akibat makan ayam, jadi kita perlu berhati-hati,” katanya.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud