ARTIKEL SEBELUM

22/09/13

Tarikh kematian Chin Peng

KUALA LUMPUR: Akhbar Mingguan Malaysia membuat spekulasi bahawa tarikh kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua bukan pada 16 September seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan tarikh sebenar kematian Chin Peng di sebuah Hospital di Bangkok ialah pada petang 15 September, sehari sebelum sambutan Hari Malaysia.

Sumber tersebut dilaporkan memberitahu kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," kata sumber tersebut kepada Mingguan Malaysia.

Namun akhbar tersebut tidak membuat sebarang rujukan dengan pihak Hospital Bangkok untuk mendapatkan pengesahan tentang tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Akhbar tersebut hanya melaporkan sumber itu berkata akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

The Bangkok Post pada 16 September melaporkan Chin Peng telah meninggal dunia pada 6.20 pagi hari yang sama di sebuah Hospital di Bangkok. - AA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud