ARTIKEL SEBELUM

9/09/13

skandal dengan isteri orang - Adi Putra akui tertekan

SIAPA yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang, dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra.

Namun sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL Gangster 2 itu.

"Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.

"Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya ketika ditemui Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Adi yang juga pelakon utama drama Teduhan Kasih bersama gandingannya, Sherry Ibrahim sempat menyanyikan beberapa buah lagu serta beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan Persatuan Insani Darul Takzim bagi mengutip dana operasi pertubuhan berkenaan.

Adi Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.

“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa ALLAH.

"Macam seperti hari ini, saya tetap memenuhi undangan majlis amal ini untuk membantu mendapatkan dana bagi pertubuhan tersebut,” katanya.

Beliau mengakui turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir memberikan keterangannya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya memang bekerjasama dan benar saya ada pergi beri keterangan kepada pihak polis untuk siasatan yang dijalankan. Apa yang saya boleh bantu untuk teruskan siasatan, saya akan buat dan mudah-mudahan boleh membantu,” katanya.-sh

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud