Namun, beliau tetap berpesan agar usaha tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
"...Jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.
"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Tambahnya, PAS juga sepatutnya berusaha untuk membolehkan agar amalan Islam difahami oleh orang bukan Islam dengan baik.
"Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan bukan Islam," katanya.
Bekas menteri besar Kelantan itu menegaskan bahawa strategi PAS untuk kekal dalam Pakatan adalah langkah yang sangat tepat.
"Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik.
"Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara," tambahnya.
Kenyataannya itu senada dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata saranan yang ditimbuilkan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib tersebut bertujuan untuk menguuatkan lagi kerjasama dengan PKR dan DAP.
Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian hari ini menegaskan, PAS akan tetap bersama dengan dua parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
Harun dalam satu himpunan PAS di Kedah semalam mencadangkan PAS Pusat supaya mengkaji semula kerjasama politik dalam Pakatan berdasarkan garis panduan syura susulan pengaruh parti itu didakwa semakin lemah.-mkini