ARTIKEL SEBELUM

10/09/13

JPN nafi keluarkan IC bawah 'Projek Mahathir'

Jabatan Pendaftaran Negara menafikan dakwaan bahawa kad pengenalan dikeluarkan kepada warga asing di Sabah untuk skim kerakyatan bagi mendapatkan undi, yang digelar sebagai 'Projek Mahathir'.

Ketua pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said yang memberi keterangan di persidangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkata dakwaan dalam buku tulisan MD Mutalib itu tidak benar.

Katanya, beliau pernah mendengar mengenai “projek” tersebut, namun mencurigai kesahihan dakwaan berkenaan.

Jariah disoal siasat selama empat jam oleh pengawai pengendali siasatan dalam persidangan hari ini, namun gagal memberi maklumat lanjut mengenai isu kad pengenalan mencurigakan yang diberikan kepada warga asing.

Beliau tetap dengan kenyataannya bahawa JPN tidak mempunyai data warga asing yang tidak mendaftar dengan cara sah.

Katanya, beliau berpendapat bahawa pengeluaran kad pengenalan seperti itu mungkin satu kesilapan atau dijalankan oleh sindiket – dan seterusnya membangkitkan bahawa sistem yang bersepadu seperti itu tidak wujud pada tahun 1980-an.

Tambahnya, semua masalah tersebut mungkin berlaku kerana JPN menjalankan kerja secara manual pada tahun-tahun tersebut.

Jariah yang dilantik sebagai ketua pengarah pada Jun 2011 berkata JPN kini mempunyai sistem yang boleh mengesahkan perkara itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud