ARTIKEL SEBELUM

1/09/13

Jangan beri alasan ambil masa - MB Sngor

SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diingatkan supaya tidak menggunakan alasan gangguan bekalan air mengambil jangka masa yang lama untuk dipulihkan sedangkan masalah pencemaran ini telah pun berjaya dikawal semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Loji Sungai Selangor (SSP) SSP1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal semalam selepas ditutup sementara sejak kelmarin disebabkan pencemaran air akibat tumpahan diesel.

Menurutnya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal selepas kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenal pasti tiada lagi kesan pencemaran.

“Pada jam 4 hingga 6 pagi semalam, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap rizab air mentah sebanyak lima meter.

“Kita menjangkakan bekalan air bersih kepada pengguna akan pulih secara berperingkat selepas tengah hari semalam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang telah bekerjasama dengan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) bagi memastikan loji terbabit beroperasi semula.

“JAS, Luas dan Splash telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.

Tambahnya, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah pun menyita premis berkenaan dan perintah menghentikan operasi telah pun dikeluarkan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud