ARTIKEL SEBELUM

10/09/13

Harta keluarga Mursi disita

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru.

Semalam, pihak berkuasa bertindak membekukan semua aset milik keluarganya bagi memulakan siasatan berhubung tuduhan rasuah selepas pendakwa bebas memfailkan kertas siasatan.

Media Ahram Online melaporkan, siasatan itu dilakukan selepas Lembaga Siasatan Dana Awam dan pihak berkuasa kawalan pentadbiran mendakwa, Mursi menggunakan AS$285 juta (RM940 juta) ketika kempen pilihan rayanya sebagai meraih sokongan.

Siasatan juga turut melibatkan harta milik isteri dan anaknya.

Dipetik Al-Jazeera, Julai lalu, pendakwa raya Mesir membekukan 14 aset Ikhwanul Muslimin (IM) termasuk Musyidul Am, Muhammad Badie dan timbalannya, Khairat el- Shater.

Mahkamah Jenayah sebelum ini menetapkan, Mursi akan dibicarakan terhadap tuduhan menghasut pembunuhan bersama 14 pemimpin IM pada kejadian Disember 2012 di luar istana presiden.

Julai lalu, mahkamah turut mendakwa Mursi atas hubungannya dengan Hamas ketika kejadian rusuhan penjara dan serangan ke atas polis pada 2011.

Namun, kesemua tarikh perbicaraan dan butiran lanjut kes itu tidak didedahkan kepada media.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud