ARTIKEL SEBELUM

6/09/13

Bekas pengerusi (SPR) - Kelemahan daftar pemilih bukan salah SPR

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa daftar pemilih di negara ini mungkin “bersih” tetapi tidak “mengikut piawai antarabangsa”.

Bagaianapun, SPR tidak harus dipersalahkan dalam hal tersebut kerana undang-undang berhubung pendaftaran pemilih tidak menyeluruh kerana tidak meliputi perkara tertentu, katanya.

Abdul Rashid berkata anggota SPR tidak seharusnya diminta meletak jawatan.

Sebaliknya, SPR harus dipuji kerana melindungi hak kesemua warganegara dan parti politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya, tambahnya.

Katanya lagi, beliau memberi markah tinggi kepada SPR atas tugas yang dijalankan dengan baik, walau organisasi itu tidak dilengkapi dengan undang-undang yang sebaiknya.

Beliau melihat bahawa SPR antara lainnyna tidak mampu memindahkan pengundi, melainkan pengundi tersebut memohon sendiri untuk menukar tempat mengundi.

Jelasnya, “sebahagian besar” dari pengundi tidak membuang undi di kawasan kediaman mereka dan ini menimbulkan dakwaan mengenai kewujudan pengundi hantu.

"Secara prinsipnya, seseorang pengundi harus mengundi di tempat beliau tinggal (namun) bagaimana kita hendak patuhi prinsip tersebut dalam situasi kita, melainkan jika daftar pemilih itu disediakan sejurus sebelum pilihan raya melalui satu cara baru, seperti bancian kebangsaan,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud