ARTIKEL SEBELUM

24/09/13

ADUN Batu Burok didakwa

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan berhubung penganjuran perhimpunan Blackout 505 pada bulan Jun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Syed Azman diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 22 Oktober untuk pengurusan kes serta 9 dan 10 Disember untuk perbicaraan.

Dia didakwa menganjurkan perhimpunan tanpa mematuhi syarat Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, iaitu memperoleh persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi tujuan itu.

Syed Azman, 52, didakwa melakukan perbuatan itu di Padang Merbok, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur antara pukul 2 dan 6 petang 22 Jun lepas mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Dia juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu gagal menyertakan salinan persetujuan DBKL bertarikh 12 Jun 2013 sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada Zainuddin mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika sabit kesalahan, Syed Azman boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan Syed Azman dibicara bersama-sama dengan Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dan sekretariat PKR Muhammad Adib Ishar, yang berdepan pertuduhan serupa.

-Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud