ARTIKEL SEBELUM

2/08/13

Rafizi: Siasat juga aspek kecuaian dalam KPF Quality

Siasatan terhadap kes RM30 juta melibatkan pegawai kanan anak syarikat Felda KPF Quality Foods Sdn Bhd tidak harus dihadkan kepada aspek penyelewengan tetapi perlu melihat kecuaian pemimpin tertinggi negara yang terbabit, kata PKR.

Parti itu juga mempersoalkan peranan wakil kerajaan dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan kerana dalam kes KPF Quality, ia didakwa berlarutan dalam tempoh panjang.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilham dan melancarkan projek Gedung Makanan Negara perlu menjawab soalan itu kerana longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama dengan swasta.
"...siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda," katanya.

KPF Quality syarikat usaha sama Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan sebagai ejen pemasaran barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda, melalui projek Gedung Makanan Negara 2009.

Rafizi berhujah, oleh kerana projek itu melibatkan pelaburan RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun, seperti diumumkan perdana menteri, ia perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola lebih besar.

"Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan," katanya.

Bekas ketua pegawai eksekutif KPF Quality Datuk Sarchu Sawa dan bekas pengarahnya Datuk Tan Han Kook hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat berjumlah lebih RM30 juta. - mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud