ARTIKEL SEBELUM

1/08/13

Produk kuat seks dirampas



KUALA LUMPUR  - Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840.

Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau.

"Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut," katanya selepas menyertai operasi itu.

Menurut Kamarul Azhar, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu hasil risikan pihaknya serta maklumat orang ramai.

"Produk ini dikesan telah banyak diiklan di Facebook dan menarik minat ramai pengguna dalam kalangan lelaki berusia pertengahan tahun," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud