ARTIKEL SEBELUM

25/08/13

Polis sudah dapat petunjuk

 

NILAI - Polis sudah mengenalpasti beberapa suspek terlibat dalam kejadian samun rumah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad di Nilai Spring Villa, dalam kejadian Jumaat lalu.



Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, setakat ini, pihaknya menemui penunjuk dan dijangka dapat menyelesaikan kes berkenaan tidak lama lagi.

“Apa yang kita boleh mengesahkan ialah semua suspek adalah warga asing dan kita yakin mereka masih berada di sekitar negeri ini.

“Kita yakin kesemua suspek ini akan dapat ditangkap dalam tempoh terdekat kerana beberapa petunjuk ditemui yang membuktikan penglibatan beberapa individu yang dikenalpasti,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, empat ahli keluarga Mohd Isa Samad termasuk cucunya berusia lima tahun berdepan detik mencemaskan selama 40 minit apabila rumah mereka disamun empat lelaki bersenjatakan parang, kira-kira 3.30 pagi.

Mohd Isa dan isteri bagaimanapun tiada di rumah terbabit kerana berada di sebuah lagi kediaman beliau di Seremban.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud