ARTIKEL SEBELUM

13/08/13

Polis hilang pistol

  hiasan


 
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis daripada bahagian jenayah berat kecurian sepucuk pistol bersama 15 butir peluru selepas dia tertidur kerana keletihan dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam pada awal Isnin.

Anggota polis berkenaan sebelum itu memandu pulang dari Klang selepas menghadiri pengkebumian ayahnya pada pukul 1.45 pagi dan memberhentikan kereta di tepi jalan dekat sebuah kawasan perumahan kerana mengantuk.

Laman web The Star Online melaporkan anggota polis itu yang berpangkat Sarjan Mejar menurunkan cermin keretanya separuh serta merendahkan kerusinya lalu tidur.

Tidak lama selepas terlelap, dia dikatakan merasa ada orang menarik pehanya. Apabila terjaga, dia melihat seorang lelaki sedang menarik pistol separuh automatik jenis Walter daripada sarung pemegangnya.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal sebelum sempat pegawai polis itu berbuat apa-apa.

Pegawai polis itu dilaporkan kehilangan pasport, telefon genggam dan wang tunai RM600. Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis Shah Alam.

Laman web itu turut melaporkan kejadian disahkan oleh pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud