ARTIKEL SEBELUM

28/08/13

Pas buat laporan polis isu Borang 14

 

KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kesalahan membabitkan Borang 14 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tiga laporan polis tersebut dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membabitkan Parlimen Pulai, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bagi Parlimen Kuala Selangor dan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi untuk Parlimen Titiwangsa.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir ke IPD Dang Wangi sebentar tadi menjelaskan, laporan tersebut dibuat apabila mahkamah mengatakan pemalsuan pengisian Borang 14 merupakan satu kesalahan jenayah.

Katanya, perkara ini timbul apabila PAS yang mengemukakan kesalahan berkaitan Borang 14 di dalam petisyen pilihanraya, namun mahkamah telah menolak dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan mengenai kesalahan tersebut.

"Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memberitahu jika ada kepincangan pilihanraya boleh bawa ke mahkamah.

"Bila kita membawa kes berkaitan dengan pemalsuan pengisian Borang 14 tetapi telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan kesalahan tersebut dan mengatakan ia merupakan kesalahan jenayah.

"Atas alasan jenayah kita tampil membuat laporan polis dan berharap perkara ini akan disiasat oleh pihak polis," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan tersebut dibuat berkait dengan pelanggaran Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraua 1954 mengenai pemalsuan pengisian di dalam Borang 14 yang dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Jelasnya lagi, laporan polis akan turut dilakukan di seluruh negeri khususnya negeri-negeri yang telah difailkan patisyen.

"Ini merupakan laporan polis pertama berhubung dengan kesalahan pemalsuan Borang 14 dan kita akan turut membuat laporan di seluruh negara terutamanya membabitkan tempat-tempat patisyen dikemukakan.

"Pihak peguam akan sentiasa berhubung dengan pihak polis bagi mengetahui perkembangan lanjut berkenaan dengan laporan yang telah dibuat ini, kita mahu ia disiasat denga adilm," jelas beliau yang juga merupakan seorang peguam.

Dalam pada itu, Hanipa turut memberitahu satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pimpinan tertinggi PAS dalam masa terdekat berhubung dengan kesalahan pilihanraya dan juga kepincangan di dalam SPR.- HD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud