ARTIKEL SEBELUM

15/08/13

lelaki bacul bin dayus serah diri akhirnya

 

Akhirnya lelaki  dayus yang belasah isteri pertamanya dalam lif di sebuah Hospital Swasta Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang serah diri jua selepas berita beliau sedang diburu pihak polis.

KUANTAN 15 Ogos - Seorang lelaki yang membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki terbabit datang sendiri untuk menyerah diri di balai tersebut pada pukul 3.30 petang tadi.

"Suspek tersebut kini ditahan di Balai Polis Kuantan dan akan dipindahkan ke Pulau Pinang berikutan kejadian tersebut berlaku di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud