ARTIKEL SEBELUM

16/08/13

laporan perubatan palsu

 

Pengerusi Kesatuan Farmasi wilayah Qalyubiyah mendedahkan, para petugas perubatan di Pusat Nasr menghubungi beliau bahawa mereka ditekan oleh pihak berkuasa agar mengeluarkan laporan perubatan palsu berkaitan syuhada' Raba'ah.

Laporan itu mensasarkan 30 mayat meninggal dunia akibat seksaan dalam tahanan sedangkan mereka mangsa kekejaman polis sewaktu dileraikan di Raba'ah.

Tekanan ini diberikan oleh pihak berkuasa melalui Kementerian Kesihatan kepada anggota keluarga mangsa korban yang ingin menuntut mayat keluarga masing-masing. Sebagai contoh, Rumah Mayat "Zenhom" enggan membenarkan mayat mangsa dikeluarkan sehingga keluarga mangsa menandatangani surat akuan bahawa mangsa mati akibat membunuh diri.

Lebih 350 mayat lagi ditempatkan di Masjid Al-Iman, Makram Abid. Keluarga mangsa yang ingin menuntut mayat keluarga mereka sukar mengenalpasti kerana terdapat mayat yang dibakar. Terdapat mayat-mayat terpaksa diletakkan ketulan ais bagi mengelakkan ia berbau.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud