ARTIKEL SEBELUM

30/08/13

karya seni didakwa hina Islam


Polis mengambil sebuah karya seni yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama oleh seniman Anurendra Jegadeva.

Karya berjudul I is for Idiot (I untuk bahlul), sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil petang ini daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Karya lain Anurendra turut diturunkan atas sebab-sebab keselamatan ekoran ia dipamerkan di laluan pusat membeli-belah.

Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for Idiot atas dakwaan menghina Islam kerana mengandungi bissmillah dalam bahasa Arab.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud