ARTIKEL SEBELUM

4/08/13

Jakim pilih bulu isu 'video anjing'

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang didakwanya memilih bulu apabila menjadikan kontroversi video seorang jurulatih anjing sebagai isu nasional.

Dalam masa yang sama, ketua umum PKR itu mendakwa, badan itu hanya membiarkan pihak yang terlibat dengan rasuah, judi dan pegangan saham syarikat arak.

"Sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan beri nasihat supaya dia jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional.

"Orang Islam pegang (saham syarikat) San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Kelmarin Jakim dilapor memutuskan status klip video "1 Hari Di Hari Raya" oleh Maznah Mohd Yusof yang disebarkan di Internet sebagai menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud