ARTIKEL SEBELUM

10/08/13

(bouncer) sebuah kelab malam di sini nyaris maut kena tembak

 Lagi mangsa ditembak



GEORGETOWN - Seorang ketua pengawal (bouncer) sebuah kelab malam di sini nyaris maut apabila ditembak seorang lelaki bermotosikal dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di pusat membeli belah Jalan Datuk Keramat di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu, mangsa yang berusia 43 tahun dikatakan baru sahaja tiba di pusat hiburan itu bersama seorang rakannya dengan menaiki sebuah kereta jenis BMW.

Menurut sumber, sebaik mangsa turun dari kenderaan dia terdengar bunyi letupan yang disangka mercun namun apabila menoleh ke belakang dia melihat seorang lelaki yang menaiki motosikal dan memakai topi keledar gelap mengacu pistol dan melepaskan beberapa tembakan ke arah mangsa.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana hanya sebutir peluru terkena di bahagian paha kiri mangsa.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian menemui tujuh butir kelongsong peluru jenis 9mm dan satu das tembakan telah mengenai sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi milik orang awam.

“Kita sedang meneliti kamera litar tertutup di sekitar kawasan kejadian dan kita dapati penjenayah bersendirian ketika melepaskan tembakan terhadap mangsa.

“Motif kejadian juga sedang disiasat,” katanya.

Kong Meng meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian berkenaan agar tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud