ARTIKEL SEBELUM

1/08/13

Anwar gesa Najib henti jadi seperti 'burung unta'...




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa berpura-pura yang pentadbirannya mengekalkan "nisbah hutang-KDNK yang sihat" ekoran langkah terbaru Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada "stabil" untuk "negatif".


Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata fakta-fakta menunjukkan bahawa hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Najib telah melonjak kepada hampir RM150 bilion pada 2012 daripada RM96.9 bilion pada 2010, yang pasti akan menjejaskan ekonomi.

Beliau bertanya berapa lama lagi Najib mahu menjadi umpama pepatah 'burung unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir' dengan berpura-pura yang salah urus pentadbirannya dalam kewangan awam, tidak mempunyai kesan ketara ke atas prospek ekonomi?

Malah, katanya, tiada jumlah amalan perakaunan kreatif yang boleh mengubah kedudukan kewangan itu daripada merah kepada hitam.

Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan telah meningkat kepada 53.3 peratus daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 peratus pada tahun sebelum dan 39.8 peratus pada akhir tahun 2008.

Kenaikan 19 peratus dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet, kata Fitch Ratings.

Rating Fitch menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.

Ia juga mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

Hutang tersembunyi

Anwar berkata Pakatan Rakyat secara konsisten menegaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak mengamalkan kewangan berhemah, akauntabiliti dan ketelusan, di mana pentadbiran Najib bertindak balas dengan memanggil pengkritik sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, kata Anwar lagi, daripada sepatutnya mengambil kira kebimbangan yang sah dan membetulkan keadaan tersebut, Najib telah menjunamkan negara ke dalam defisit fiskal yang lebih besar, menjejaskan lebihan akaun semasa dan mengabaikan tanda-tanda yang jelas kelemahan struktur.

Sebaliknya, kata beliau lagi, pentadbiran Najib telah 'menyapunya ke bawah permaidani'.

Melainkan tindakan pemulihan segera diambil, Anwar memberi amaran bahawa budaya perbelanjaan melulu, perolehan kerajaan dan proses penswastaan yang legap, รข€‹akan kekal menjadi lambang "transformasi" kerajaan Najib.

 Mk

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud