ARTIKEL SEBELUM

22/07/13

Zaid: Bantahan Anwar remeh, aneh, menyedihkan

 


Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengalu-alukan langkah pejabat peguam negara melantik Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II.

Zaid yang suatu masa lalu pernah menjadi pemilik firma guaman terbesar di negara ini menolak bantahan Anwar terhadap pelantikan itu dan menyifatkannya sebagai "remeh", "aneh" dan "menyedihkan".

"Pejabat peguam negara jarang melaksanakan peyumberan luar (outsource). Tetapi ini permulaan yang baik. Di negara lain, menjadi perkara normal untuk pihak pendakwaan mengajikan peguam terbaik untuk menguruskan perkara tertentu.

NONE

"Saya berpendapat pejabat peguam negara terlaku ramai... Terlalu ramai orang lakukan pelbagai perkara, tidak mudah untuk mencari peguam terbaik untuk bertugas untuk kamu.

"Saya tidak mempertahankan Shafee (gambar atas), saya hanya ketengahkan fakta," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi tadi menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Anwar ketika ditemui di luar mahkamah menyoal sama ada peguam negara kekurangan sumber sehingga terpaksa memilih Shafee untuk mewakili pihak pendakwaan.- sumber

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud