DAP menyuarakan rasa marah mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.
Zahid membuat pengumuman itu semalam semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.
"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," katanya.
Loke (atas) enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.
Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.
Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.