ARTIKEL SEBELUM

7/07/13

PRK Kuala Besut : Presiden umum calon PAS 9 Julai

 

Calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu akan diumumkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 9 Julai ini.

Presiden PAS akan membuat pengumuman itu pada satu majlis yang akan diadakan di kawasan Dun Kuala Besut bermula jam 9.00 malam.

Katanya, pemimpin tertinggi PAS turut hadir pada majlis tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.

Bukti BN tolak Hudud