ARTIKEL SEBELUM

3/07/13

Pastikan Shahidan tidak berbohong di parlimen

 



SAYA tidak pasti apa sebenarnya yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim katakan di Parlimen ketika menjawab soalan tentang dakwat kekal dalam PRU13 dulu.

Yang saya fahami dari berita mengenainya ialah bergantung pada individu apakah dakwat itu akan kekal atau tidak kekal. Maksudnya ada individu dakwat itu kekal beberapa hari dan ada jari individu tidak lekat dakwat itu.

Katanya jika laporan itu tepat, ia sudah diuji pada jari kakitangan SPR beberapa hari sebelum hari mengundi. Ertinya SPR puas hati dengan ujian itu.

Saya tidak bersangka buruk dengan jawapan menteri itu. Tetapi laporan yang disiarkan menampakkan jawapan itu berunsur jenaka. Berjenaka di Parlimen tidak salah, bahkan ia boleh menyegar Anggota Parlimen dari mengantuk dan bosan dengan ucapan yang tak henti-henti. Tetapi jenaka itu mesti benar, bukan diada-adakan.

Parlimen bukan tempat berbohong. Bahkan bukan di situ saja dilarang berbohong. Di mana-mana saja manusia tidak boleh berbohong. Islam menentukan dosa atas setiap bohong. Tetapi tiada yang banyak dibuat terhadap kaki bohong yang dibuat di merata-rata. Masjid adalah Rumah Allah. Ia adalah tempat suci yang orang mengelak dari berdosa. Tetapi tidak undang-undang yang dapat menghukum orang berbohong.

Parlimen ada peraturannya. Orang yang berbohong tidak layak menganggotai Parlimen. Guru wartawan saya, wartawan senior dari Britain, Mr. Brown memberitahu kuliah tahun 1963, John Profumo, Menteri Perang Britain hilang kelayakannya menjadi menteri dan anggota Parlimen bukan kerana skandal seks Kristian Keeler yang melibatkannya tetapi kerana dia berbohong di Parlimen.

Demikian seriusnya hukum terhadap MP yang berbohong.

Jawatankuasa Tata Tertib Parllimen perlu melihat jawapan Shahidan tentang dakwat itu betulkah Shahidan berkata benar atau dia bergurau bohong di Parlimen. Siapa yang menyediakan jawatan itu adalah hal yang lain, penuturnya adalah seorang anggota Parlimen dan menteri.

Pastikan dari hansard Parlimen apa yang diucapkannya. Pastikan betul ada ujian dilakukan atas jari petugas SPR sebelum tarikh mengundi. Betul dakwat itu tidak padam hingga beberapa hari. Ujian itu mesti dibuat sebelum dakwat itu dibeli. Bukan dua tiga hari sebelum mengundi hingga dia tidak layak mengundi kerana dakwat itu masih lekat di jari pada hari mengundi.

Ke atas berapa jari yang diuji. Adakah semua orang yang diuji dakwat itu lekat belaka? Ertinya tidak orang yang diuji dakwat itu tidak lekat.

Parlimen atau SPRM yang berminat tentang kesahihan dakwat itu mesti mendapatkan pandangan pakar dakwah tentang ada jari manusia dakwat itu boleh lekat lama hingga tempoh yang ditentukan dan ada jenis jari dan kulit tangan manusia yang tidak lekat dakwat.

Dan bila SPR dan kerajaan sedar adalah jari yang boleh lekat dakwat dan ada jari yang kalis dakwat.

Pastikan bahawa Shahidan telah dibekalkan dengan bukti yang betul sebelum dia membuat jawapan di Parlimen dan dia sendiri yakin tentang ada jari manusia yang kalis dakwat dan yang lekat dakwat.

Sama ada Shahidan telah dikelirukan oleh pegawainya dan oleh orang-orang SPR adalah perkara kedua. Jika dia dikelirukan oleh orang lain, itu adalah kebodohannya. Jika dia menyamai jawapan atas bndak yang tidak betul atas nasihat orang lain, dengan sendirinya ada kecacatan untuk jadi ahli Parlimen yang berwibawa.

Jika dipastikan dia berbohong, baik atas otak dan lidahnya, atau dia dinasihat orang, bercanggah dengan fakta sains ada jari lekat dakwat dan ada jari kalis dakwat, maka kalayakan Shahidan jadi MP sudah tidak dapat dipertahankan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud