ARTIKEL SEBELUM

11/07/13

MELAYU BOLEH jadi terkenal juga dengan cara ini !!

Asai masuk bulan ramadhan ada sahaje cerita kisah budak melayu genius tak bertempat. Saban tahun skrip yang pasti berulang.

Taniah orang Kedah pasai pembuka rasmi kisah bahana mercun buatan sendiri... next kita tunggu laporan siapa pula yang jadi mangsa seterusnya ..

Mesti ada mangsa seterusnya tak caya tungguUUU....

Di tempat tempat aku lagi teruk sehari lagi nak berpuasa budak budak kampung dah junjung batang besi nak buat meriam ,..adehhhh...

Lepaih Isyak je dum damMMM kebommMMM bunyi bising..

Akibat bunyi bising letupan itu telah menganggu jemaah nak bersolat terawih gara gara bunyi letupan yang tak berfaedah dari meriam besi .

Siottt betui ....

Nak marah pun susah juga ... pasai dulu pun aku macam itu ha ha ha..

Ok la,kepada mangsa aku simpati , sabaq ya no.

Kepada adik adik yang nak gelamer masuk tv dan surat kabor inilah salah satu cara nya, main la sampai lecur dan putus jari baru ada uhmmm dan gerenti masuk news punya.

ha ha ha.... 


 2 pelajar mangsa pertama mercun buatan sendiri





  

2 pelajar mangsa pertama mercun buatan sendiri

ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Waktu kejadian ketika orang ramai sebuk sedang menunaikan solat Tarawih di surau Taman , kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.- sinar





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud