ARTIKEL SEBELUM

24/07/13

Laungan "pilih Che Long" di sepanjang jalan



BESUT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kuala Besut bagi memilih wakil yang boleh membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun)

Lapan pusat pengundian yang dibuka seawal jam 8 pagi tadi terus mendapat sambutan penduduk setempat untuk menunaikan tanggungjawab dalam menentukan wakil mereka nanti.

Pusat pengundian tersebut adalah Pulau Perhentian, Seberang Barat, Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Baru dan Bukit Puteri.

Tinjau  di dua pusat pengundian di Kampung Nangka dan Tok Saboh mendapati suasana agak aman tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Cuaca yang agak panas tidak mematahkan semangat penyokong untuk terus berada di kawasan ditetapkan untuk tujuan merayu undi.

Walaupun penyokong parti berada dalam kedudukan berdekatan, namun mereka mampu menunjukkan sikap profesional dalam meraih undi tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Laungan 'Pilih Che Long', 'Undi Bulan (PAS) serta takbir sentiasa kedengaran dari penyokong PAS sebagai merayu undi dari penduduk setempat.

Endot @ Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long yang berkunjung ke Pusat Pengundian Tok Saboh di Sekolah Kebangsaan Alor Peroi berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini.

Beliau mengharapkan penduduk mengambil peluang untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan dari cuaca yang panas serta hujan pada sebelah petang.

"Saya berpuas hati dengan sambutan penduduk yang keluar mengundi setakat ini, kebanyakan mereka mengambil peluang untuk keluar awal, maklumlah bulan Ramadhan.

"Kepada yang belum mengundi tu harap boleh keluar awal sebab kita tidak tahu petang ini hujan atau tidak, apa yang pasti tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi," katanya

Jelasnya lagi, enam pusat pengundian telah beliau lawati dan beliau akan ke pusat pengundian yang terakhir iaitu di Bukit Puteri.



Setakat jam 11 pagi, seramai 7,356 orang (44.49 peratus) sudah keluar mengundi. Jika dicampur undi awal, jumlah keseluruhannya 8,268 (46.76 peratus).

Jumlah pengundi berdaftar bagi PRK Dun Kuala Besut ini adalah seramai 17,713 orang.- 

harakahdaiy


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud