ARTIKEL SEBELUM

5/07/13

Johari cabar MP Simpang Renggam ulangi tuduhan luar Dewan

.Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng dicabar untuk mengulangi kenyataan diluar Dewan Rakyat berhubung dakwaannya mengenai 20 akaun di luar negara kononnya milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya nak minta (MP) Simpang Renggam untuk ulangi ayat di luar (Dewan Rakyat).
“Jangan dilindungi kekebalan disini (Dewan Rakyat) kerana ini sesuatu yang serius,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Pada 2 Julai, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) memfailkan usul untuk merujuk Liang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaannya mengikut Perkara 80 dan Perkara 80(a) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Tindakan itu diambil selepas semakan dibuat dan mendapati dakwaan Liang tidak berasas dan dengan merujuk sumber palsu.
Anwar pada sidang media pada sebelah pagi menggesa media termasuk Utusan Malaysia untuk memperbetulkan laporan sebelum sebarang tindakan undang-undang dibuat.
“Media yang lapor bertanggungjawab betulkan, termasuk Utusan Malaysia. Hari ini peguam akan menulis surat bantahan dan mengaju kes ini untuk dihadap ke mahkamah.
“Tuduhan ini serius dan berulang kali. Mungkin tidak ada kesan, tetapi tidak baik dan tidak beretika,” tegasnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud