ARTIKEL SEBELUM

2/07/13

Bila Petronas akan bayar royalti kepada Kelantan

KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kewangan menyatakan bilakah Petronas akan mula membayar wang tunai royalti Petroleum kepada Kerajaan Kelantan dan berapakah kadar yang akan dibayar.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada PAS yang turut mengemukakan soalan lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji dan melaksanakan sistem percukaian berasaskan sistem Islam di Malaysia yang terbukti lebih adil dan saksama.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan terhadap perlaksanan program beras nasional gred ST15%.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati.

Datuk Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan perancangan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh air bertakung yang sering berlaku di kawasan-kawasan sebelah Malaysia di tepi Sungai Golok.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan Konsep Federalisme dalam pentadbirannya dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri khususnya berdasarkan peruntukan Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan dan bagaimanakah ia dilaksanakan.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah konsesi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) akan tamat. Berapakah keuntungan PLUS sehingga kini.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan Menteri telah mengeluarkan kenyataan akan memberi kesamarataan kepada semua tanpa mengira fahaman politik.

Apakah Kementerian bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina dan menyiapkan sebuah stadium baru di Bukit Merbau.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang berpunca daripada keadaan Jalan Persekutuan yang rosak dan nyatakan jumlah kilometer Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang rosak dan serta kos pembaikannya.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-

(a) kos asal dan kos semasa berkaitan pembinaan Jalan Yahya Ahmad, Bandar Dungun (Ruj: Menaiktaraf Simpang Kuala Dungun: Laluan 127 Dungun Terengganu); dan
(b) apakah tindakan Jabatan Kerja Raya Dungun bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan keperluan pengguna jalan terlibat selaras dengan taraf Dungun sebagai sebuah Majlis Perbandaran.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan apakah sumbangan signifikan yang telah diberikan oleh Parlimen Belia sejak ia ditubuhkan.

Harakahdaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud