ARTIKEL SEBELUM

16/07/13

Awas pembohongan Muhyiddin INI SEMUA UMPAN POLITIK

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, pengumuman rumah percuma kepada pendudu Kuala Besut sempena pilihan raya kecil adalah umpan politik.
azan ismail
Beliau yang juga Adun Bandar menasihatkan pengundi berhati-hati dengan pengumuman 72 ‘rumah percuma’ di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut.

“Skrip ini persis dengan apa yang menimpa penduduk di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu. Tanah mereka diambil kerajaan atas nama pembangunan,” kata Azan kepadaKeadilandaily.
Kampung Ladang diambil kerajaan Terengganu untuk memberi laluan kepada pembangunan bersepadu KTCC (Kuala Terengganu City Centre) yang tertumpu di kawasan pesisir air, bermula dari Seberang Takir hingga Batu Burok.
kgladang (1)
Keadaan Kg Ladang yang dikorbankan atas alasan pembangunan
Penduduk hanya mendapat pampasan berjumlah sekitar RM6,000 dan ditempatkan semula di Flat 18 tingkat Ladang Gemilang di tapak sama.
Mereka dijanjikan sewa beli sebanyak RM126 sebulan, namun kini menjadi sewa sahaja dan dinaikkan sebanyak RM300 sebulan.
“Penduduk Kuala Terengganu dijanji akan mendapat flet dengan cara sewa beli. Namun akhirnya, penduduk ditipu apabila flet itu sebenarnya hanya sewa, bukan sewa beli.
“Wang pampasan diberi kepada penduduk tak setimpal dengan nilai sebenar tanah mereka,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud