ARTIKEL SEBELUM

3/07/13

Ada 1,435 premis judi haram di S'gor - exco

 

Exco kerajaan tempatan Selangor Datuk Teng Chang Khim mengakui bahawa masalah kebanjiran premis judi haram di sekitar negeri itu masih gagal diatasi ekoran jumlahnya yang terlalu banyak.

Katanya lagi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49 penyitaan.

Namun ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan, kata Teng yang menambah, sebanyak 1,435 premis judi dikenalpasti wujud di negeri tersebut.

Bagaimanapun, PBT berusaha mengatasinya dengan membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis terbabit.

PBT telah membuat 70 permohonan kepad TNB dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, katanya.

"Memang ada buat permohonan kepada TNB untuk potong elektrik termasuk juga permohonan buat pemeriksaan, saman, menyita dan sebagainya. Tapi tak selesaikan masalah.

"Kalau kita selalu melakukan pemeriksaan setiap hari pun, dalam masa setahun pun tak habis.

"Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Abdul Rani Othman (PAS-Meru) di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Seorang lagi ADUN Yaakob Sapari (PKR- Kota Anggerik) pula mencadangkang agar kerajaan negeri memberi ganjaran kepada penduduk yang memberi maklumat mengenai kewujudan premis judi tersebut.

Teng dalam jawapannya berkata, isu utama pada masa kini adalah soal penguatkuasaan.

"Sekarang bukan mengenai ganjaran. Di Majlis Bandaran Subang Jaya sahaja ada 582 premis haram, Majlis Bandaran Petaling Jaya ada 312 premis. Masalah penguatkuasaan masih belum berkesan," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud