ARTIKEL SEBELUM

3/06/13

Waitha, jangan mimpi kami subahat - Sivakumar

 


KUALA LUMPUR: Kenyataan P Waithamoorty bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan pimpinan DAP dalam menyelesaiakan masalah masyarakat India adalah sungguh melucukan.

“Kesanggupan beliau tidak bermakna kesanggupan kami pemimpin-pemimpin DAP.

“Kami tidak boleh menaruh kepercayaan terhadap seorang yang telah mengkhianati masyarakat India semata-mata untuk mendapatkan jawatan Timbalan Menteri,” tegas Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.

Beliau dalam satu kenyataan mempersoalkan kenapa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mahu bekerjasama dengan pimpinan DAP untuk menyelesaiakan masyarakat India.

Katanya, Waithamoorty sudah menjawat jawatan Timbalan Menteri dalam pentadbiran kerajaan BN, maka adalah tidak wajar untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin DAP.

Pada hemat beliau, ia adalah satu tipu muslihat untuk melarikan diri daripada hentaman pimpinan DAP jika beliau gagal untukmenyelesaikan masalah masyarakat India.

“Matlamat beliau untuk berlembut dengan pimpinan DAP tidak akan mendatangkan sebarang hasil kepadanya pemimpin-pemimpin DAP tidak akan berlembut dengan seorang yang telah menjual maruah bangsa untuk kepentingan sendiri,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah itu.

Justeru, ujarnya jangan pandai-pandai menjemput pimpinan DAP supaya turut bersuhabat dalam agenda politik kotor BN untuk menipu masyarakat India selama-lamanya.

Katanya, kaum India telah ditipu dan ditindas selama ini oleh kerajaan BN.

Menurutnya, masalah kaum India tidak boleh diselesaikan oleh Waithamoorty walaupun Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) itu diberi tempoh 5 tahun lagi.

“Beliau hanya mencari jalan untuk melarikan diri daripada amanat yang diberikan kepada beliau. Kaum India sudah tidak lagi percaya kepada beliau.

“Walau bagaimanapun saya seorang pemimpin DAP, saya sanggup bekerjasama dengan beliau jika cabaran saya berani disahut olehnya,” katanya lagi.

Beliau berkata, puluhan ribu masyarakat India yang lahir di bumi Malaysia tidak memililki taraf kewarganegaraan.

Mereka, ujarnya memililki kad pengenalan merah dan tidak dianggap sebagai seorang warganegara Malaysia.

Oleh yang demikian, beliau mahu masalah itu dengan segera.

Menurut Sivakumar, dalam manifesto Pakatan Rakyat PRU13 dijanjikan bahawa masalah kewarganegaraan masyarakat India akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari.

Tambahnya, jika Waythamoorty sanggup menyelesaiakan masalah kewarganegaraan masyarakat India dalam 100 hari, beliau sanggup bekerjasama dalam hal ini.

Tambahnya, jangan beri apa-apa alasan yang tidak munasabah jika betul-betul serius dan mahu menyelesaiakan masalah kewarganegaraan yang dihadapi oleh masyarakat India.

“Jika beliau tidak berani untuk terima cabaran ini, saya menasihatkan kepada beliau supaya jangan bermimpi untuk mendapatkan kerjasama pemimpin-pemimpin DAP,” katanya lagi.

 Harakahdaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud