ARTIKEL SEBELUM

16/06/13

TG Nik Aziz ucap terima kasih kepada sultan

 

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terharu atas penghargaan yang diberikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V kepadanya.

Beliau mengakui hatinya begitu tersentuh dan tidak tahu apa yang ingin diperkatakan apabila tuanku menyatakan penghargaan dan berterima kasih kerana telah mengetuai kerajaan dalam tempoh 23 tahun.

Tuan Guru berkata demikian  ketika diminta mengulas berhubung penghargaan yang diberikan oleh Sultan Kelantan terhadapnya ketika bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan ke-13.

Bagaimanapun Tuan Guru menyatakan tanggungjawab yang diberikan kerana memikul amanat yang diberikan oleh rakyat padanya sebagai hamba Allah dan bukan hamba hawa nafsu.

“Jika ingin mendapat rahmat dan balasan baik dari Allah, ikutlah perintahNya jika ikut demokrasi ciptaan barat bukan cara Islam, sebaliknya hawa nafsu.

“Oleh hal yang demikian dalam tempoh 23 tahun menjadi ketua kerajaan, saya mentadbir pemikiran rakyat,”ujarnya.

Hal ini kerana, tegasnya daripada pemikiran rakyat yang menjadi baik, ekonomi juga akan berkembang.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut menjujung kasih kepada Tuanku Sultan Kelantan kerana keperihatinan baginda terhadap rakyat jelata dan dirinya sendiri ketika menjadi ketua kerajaan.

Sultan Kelantan ketika merasmikan pembukaan sidang Dun Kelantan baginda mengucapkan penghargaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.

 Harakahdaily 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud