ARTIKEL SEBELUM

22/06/13

'Sultan tak namakan Tee untuk jawatan exco'

 
 NONE
Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong menafikan dakwaan bekas setiausaha penganjur parti tersebut, Tee Siew Keong berhubung satu titah Sultan Johor mengenai jawatan exco negeri.Tee sebelum ini mendakwa beliau dititahkan oleh Sultan Johor supaya mewakili masyarakat Cina dalam exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Wee berkata beliau mengesahkan sendiri dengan baginda sultan dalam satu pertemuan pada 24 Mei, bahawa baginda tidak menamakan Tee untuk mengisi jawatan tersebut.

Katanya, Sultan Johor hanya menitahkan bahawa baginda mahu rakyatnya diwakili di Johor.

“Baginda mahu seorang wakil Cina dan kita ada tiga (ADUN) Cina di Johor,” kata Wee dalam satu sidang media di ibu pejabat MCA petang ini.

Tiga wakil rakyat berkenaan adalah Tee, Teoh Yap Kun (MCA-Paloh) dan Lau Chin Hoon (Gerakan-Pemanis).-mk

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud